THE BEST KOREAN BEAUTY PRODUCT IN 2017
Produk-produk skincare dari Korea sekarang ni memang tengah trend kan? So hari ni saya nak berkongsi produk-produk kecantikan dari Korea yang pasti akan laris macam pisang goreng panas dalam tahun 2017 ni!
Jeng-jeng! Inilah antara produk yang pasti akan mendapat perhatian nanti.
Yang pertama..
1. TONY MOLY STRAWBERRY 3 STEP NOSE PACK
Produk ni membantu dalam menangani masalah bintik-bintik hitam dan membebaskan liang pori daripada pembentukan bakteria. Produk ni kaya dengan kandungan hazel. daun sage , lemon dan ekstrak daun teh hijau yang memang membantu dalam merapatkan dan membersihkan liang pori sekaligus melembapkan kulit. Bau aroma buah strawberry ini pasti buat anda terpikat!
2. TATCHA
Youtube vlogger dan pakar kecantikan berpengaruh Jeffree Star memuji produk ni dan mengatakan ia adalah 'satu kemestian' untuk kesan kulit yang berkilauan. Produk ini mengandungi minyak biji bunga kamelia, ekstrak sutera, akar likuoris dan daun teh hijau yang membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.
3. SULWHASOO
Produk jenama Sulwhasoo yang telah menyambut hari ulang tahun ke-50 mereka pada tahun lalu telah melancarkan produk keluaran terbaru mereka iaitu Sulwhasoo concentrated ginseng reneing cream ex. Produk menggunakan teknologi yang unik dimana ini adalah merupakan teknik ekstrak balsam intipati ginseng yang pertama. Antara kebaikannya adalah membekalkan lebih penghidratan
anti-penuaan untuk menyeimbangkan, memulih dan mengukuhkan pertahanan kulit.
4.LANEIGNE
Produk ni berfungsi untuk meremajakan kulit semasa kita enak dibuai tidur. Firming sleeping mask ni diperkaya dengan oren, bunga ros dan cendana yang membantu untuk melegakan tekanan dan memberi keanjalan pada wajah.
5. MISSHA
Reviewers terus-terusan memuji produk keluaran Missha ini yang menjadikannya produk yang wajib dimiliki daripada Missha. Lebih-lebih lagi apabila produk ini telah pun dilabelkan sebagai salah satu produk kecantikan terbaik pada Soko Glam. Produk yang bertaraf empat bintang ini bukan saja meningkatkan keanjalan kulit malah turut menjadikan wajah berseri.
Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan