TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KERIAN, PERAK

Assalammualaikum buat teman-teman yang membaca di ruangan blog yang tak seberapa ini. Sihat? Hari ni aku nak bercerita tentang topik yang sangat dekat di hati aku iaitu KERIAN. Pernah dengar tak nama daerah kerian dalam negeri Perak? Hah, ni lah tempat kelahiran aku. Selalunya bila aku cakap aku ni orang Perak je orang terus ingat kat perkatan 'kome', 'teman', 'a'te' dan macam -macam lagi. Contohnya masa zaman belajar dulu, bila cakap orang perak je mulalah depa pakai duk sibuk nak 'kome', 'teman' bagai konon-kononnya nak cakap loghat Perak. Salah tu tak salah tapi diorang patut tau yang negeri Perak ni sebenarnya luas. Meh sini nak bagi tau loghat yang guna 'kome', 'teman' bagai tu sebenarnya loghat orang Perak tengah. Orang-orang belah Perak utara macam aku ni semuanya cakap dengan loghat orang Kedah dengan Penang. 



So, berbalik kepada topik tadi. Aku nak mulakan dengan asal usul daerah Kerian. Sejujurnya aku pun baru tau sebenarnya pasal sejarah daerah ni (hehe). Sejarah asal usul tempat ni berlaku dalam tahun 1800 apabila seorang pegawai residen British baru pulang daripada menghadiri satu perbicaraan kes jenayah di Parit Buntar. Dalam perjalanan pulang beliau bersama dengan rombongannya, beliau telah menyebut perkataan "KIRIAN" yang bermaksud kiri. Sejak daripada peristiwa itu, perkataan "KIRIAN"  menjadi popular dan menjadi bahan ejekan pada masa itu. Pada akhirnya apabila pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini perkataan "KIRIAN" dipillih dan ditukar  kepada "KERIAN".  Apa yang menarik dan uniknya tentang daerah ni ialah daerah Kerian ni terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ni bersempadan dengan 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah. 

Bagi yang tak berapa tau sangat pasal tempat-tempat menarik kat daerah Kerian, ni senarai tempat-tempat yang boleh korang lawati kalau berkunjung ke sini.

1. Bukit Merah Arowana Farm



















2. BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT











                                                3.KUALA GULA BIRD SANCTUARY



                                                            4. PANTAI BAN PECAH




                                                     5.PERUSAHAAN KAYU ARANG





                                                         6. PERUSAHAAN SERAMIK



                                   
                                          7. PINGGIRAN SUNGAI KERIAN




                                                    8.PULAU ORANG UTAN


So, itulah serba sedikit tentang Daerah Kerian. Kalau nak tau lebih lanjut lagi cari je kat portal Majlis Daerah Kerian. 









Ulasan

Catatan Popular