SEJARAH MAKEUP
Wanita dan makeup??Dua- dua ni tak dapat dipisahkan daripada wanita. Malah, kita boleh ibaratkan makeup ni sebagai 'kawan baik' kita. Kalau pergi mana-mana mesti kena bawak juga dia walaupun ada segelintir daripada kita ni yang tak berapa nak bermakeup sangat macam aku ni. Tapi ada dua benda yang aku akan bawak dalam tas tangan kalau pergi mana-mana iaitu bedak dan gincu. Itulah makeup aku. Ada sapa-sapa yang tergolong dalam spesies macam aku ni? Haha.. (gelak sikit) kalau ada kita genglah!
Zaman sekarang ni kita boleh tengok banyak lambakan produk-produk kosmetik yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Sebut je nak yang jenis macam mana, macam-macam brand ada! Nak yang tempatan, luar negara semua ada. Tapi pernah tak kita terfikir tentang sejarah macam mana produk kosmetik dan makeup ni bermula?
Sejarah permulaan kosmetik dan makeup ni bermula kira-kira 12 ribu tahun dahulu bila Mesir Purba menemui keupayaan penyembuhan melalui minyak wangi. Sejak daripada itu, industri kosmetik mereka pun mula meningkat naik sampai pada satu tahap kosmetik dan makeup diangkat menjadi sebahagian yang penting dalam agama mereka.
Ancient Egyptians |
Pada zaman itu juga, bijih timah dan tembaga digunakan untuk menghasilkan kosmetik. Kosmetik yang digunakan oleh mereka merupakan kosmetik yang pertama di dunia!
Contoh bijih timah yang digunakan oleh Mesir Purba. |
Contoh tembaga yang digunakan oleh Mesir Purba. |
Selain itu, antara produk kosmetik yang banyak digunakan oleh kebanyakan daripada mereka adalah minyak wangi dan celak untuk menonjolkan rupa mereka supaya kelihatan lebih menarik.
Ulasan
Catat Ulasan