ADAKAH ANDA MENGENALI "LIPSTICK" ANDA?
Hai, assalamualaikum. Hari nak kupas sikit pasal "LIPSTICK". Semua wanita mesti suka pada benda ni. Lipstick ni pulak datang dalam pelbagai warna. Ada warna pink, merah terang, oren, coklat, ungu dan banyak lagi la kalau nak sebut kat sini memang tak habis rasanya. Kalau dari segi jenama pulak, hrmm tak payah cakap lah berlambak dekat pasaran. Antaranya, Maybelline, Silky Girl, Revlon, Loreal dan banyak lagi. Tu belum masuk jenama dari Korea lagi. Ala barang Korea kan tengah in sekarang ni. Bahan tersembunyi dalam lipstick. Ok, kita memang sedia maklum yang lipstick memang barang kosmetik wajib wanita, tapi pernah tak kita terfikir apa bahan-bahan yang ada dalam lipstick yang kita dok pakai selama ni. Baru-baru ni aku adalah terbaca artikel pasal lipstick ni. Baca punya baca barulah aku sedar yang selama ni aku ni jenis yang agak ambil mudah jugak pasal kandungan dalam lipstick ni. Masa nak beli tu ada lah dok belek tengok bahan-bahan dia. Tapi tu lah kan, tak ta...